Sayu selubungi pengebumian anak Zaquan dan Ayu Raudhah


Oleh: Haikal Tajuddin

BARU sahaja enam bulan menjengah dunia, kini anak bongsu bekas pemain bola sepak negara, Zaquan Adha Abdul Radzak dan pelakon Ayu Raudhah pergi meninggalkan keluarganya buat selama-lamanya.

Jenazah Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha dilaporkan meninggal dunia lewat petang semalam (Selasa) dan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said, Seremban, Negeri Sembilan.

Difahamkan, Muhammad Aisy yang dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu itu menghembuskan nafas terakhir ketika sedang tidur dan terus dibawa ke Hospital Rembau, Negeri Sembilan untuk bedah siasat.

Namun, sehingga kini, pasangan suami isteri tersebut masih tidak mendedahkan lagi punca kematian cahaya mata bongsunya.

Semalam, Zaquan telah berkongsi berita duka dalam akaun Instagram miliknya, memohon orang ramai untuk mendoakan dia dan isteri kuat menghadapi kehilangan tersebut.

Sebagai info, Zaquan dan Ayu mempunyai enam orang anak termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryan,11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia setahun.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat