Piala Dunia 2034: Arab Saudi tegaskan larangan arak

ARAB Saudi mengumumkan larangan alkohol sepanjang Piala Dunia 2034.

Bukan sahaja di stadium, tetapi juga di hotel dan tempat lain di seluruh negara, duta Arab Saudi ke United Kingdom mengesahkan pada Rabu, memetik laporan Japan Times.

Putera Khalid bin Bandar Al Saud berkata, penyokong yang pergi ke kejohanan itu perlu menghormati adat resam negara tuan rumah, di mana pengambilan alkohol adalah dilarang sama sekali.

“Setiap orang mempunyai budaya mereka sendiri.

“Kami gembira untuk menampung orang dalam sempadan budaya kami, tetapi kami tidak mahu mengubah budaya kami untuk orang lain,” katanya kepada laman berita UK LBC.

Mereka yang didapati menyeludup minuman keras akan dirotan di khalayak ramai.

Pada edisi 2022 di Qatar, penyokong dibenarkan untuk meminum alkohol di hotel yang mendapat lesen bagi penjualan minuman keras.

Putera Khalid turut menyindir dengan mengatakan tidak akan ada sebarang alkohol kerana cuaca negara itu kering.

“Banyak keseronokan boleh didapati tanpa alkohol dan tidak 100 peratus perlu dan jika anda mahu minum anda boleh berbuat demikian selepas keluar tetapi buat masa ini kami tidak mempunyai alkohol,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat