Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Nilai Ringgit menunjukkan kadar peningkatan sangat baik kebelakangan ini, dan terbaharu memperlihatkan julat yang tinggi di peringkat ASEAN.
Perkongsian Bank Negara Malaysia (BNM) pagi ini menunjukkan nilai ringgit pada paras 4.4325/4555.
Nilai itu lebih tinggi berbanding sesi penutupan yang dibuat lewat petang semalam (Khamis) iaitu 4.4535/4600.
Selaras dengan data tersebut, peringkat ASEAN, ringgit kekal tinggi.
Malahan ringgit lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.2987/3166. Ia turut mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.1595/2380 daripada 13.1644/1906.
Begitu juga turut meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 270.9/272.4 dan menguat berbanding peso Filipina kepada 7.63/7.68.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama tetapi mengukuh berbanding Eropah kepada 4.6373/6613 berbanding 4.6419/6487 pada penutupan Khamis.
Ia susut berbanding yen Jepun kepada 2.8978/9130 berbanding 2.8917/8961 dan merosot berbanding paun British kepada 5.5690/5979 berbanding 5.5615/5696 pada penutupan semalam.
Baca juga: