SPRM tonggak utama, pertahan tatakelola negara – Anwar


Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan amanah dengan baik.

Beliau menegaskan bahawa SPRM adalah tonggak utama untuk mempertahankan tatakelola, sistem yang mempunyai integriti dan menyelamatkan bangsa dan negara dari keruntuhan berterusan.

“Saya sempat menghadiri Majlis Makan Malam Beristiadat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2025 semalam bagi meraikan seluruh keluarga SPRM.

“Hal ini selaras dengan tekad kerajaan MADANI adalah untuk membina sebuah negara wibawa yang bersih dan ke arah memperkasa SPRM menjadi badan bebas dan berintegriti,” ujarnya dan dikongsi kembali di Facebook pada Jumaat.

Tambahnya lagi, keberhasilan itu dicapai menerusi tindakan kepimpinan atasan yang bertonggak kepada tindakan dan bukan sekadar dengan jaminan kata-kata sahaja.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat