Pokok ikonik Taiping berusia 140 tahun tumbang

TAIPING: Sebatang pokok di Taiping, Perak berusia 140 tahun akhirnya tumbang dipercayai berlaku akibat angin kuat semasa hujan lebat.

Visual dan gambar-gambar pokok tumbang tersebut tular dalam laman media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai khususnya pencinta alam sekitar, memetik laporan Peraktastic.

Semasa kejadian, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan kawasan sekitar ditutup sementara waktu kepada orang awam.

Ini merupakan kejadian terbaharu selepas sebatang pokok sama tumbang pada tahun 2021 akibat ketidakseimbangan strukturnya yang telah condong, ditambah dengan ribut pada hari kejadian.

Bagaimana pun, pokok tersebut diselamatkan oleh Majlis Perbandaran Taiping dengan meletakkan besi penyokong untuk mengukuh struktur pokok.

Taman Tasik Taiping dikatakan mempunyai lebih 90 pokok hujan-hujan yang ditanam di sekeliling tasik berkenaan.

Semua pokok dianggarkan berusia lebih 140 tahun yang ditanam sekitar 1880 dan kini menjadi tarikan pelancong untuk bergambar.

Taiping dinobatkan sebagai bandar ketiga terbaik dunia bagi kategori Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia pada Anugerah Peringkat Antarabangsa Bagi Pelancongan Lestari Dunia 2018 dan Taman Tasik Taiping diiktiraf sebagai tapak warisan negara.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat