SELEBRITI, Neelofa meramalkan lagu Bukan Lagi Kita nyanyian Nadeera Zaini bakal dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil malam ini.
Menerusi ciapan di laman X, selain Nadeera, Neelofa juga menyatakan pilihan peribadinya dengan memetik dua lagi nama finalis yang bakal merangkul tempat tiga teratas AJL39.
“My top picks AJL39: Nadeera, Bukan Lagi Kita; Marsha, Hening Rindu dan Hael, Diam,” tulisnya.
Setiap tahun, ramalan Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor antara yang ditunggu-tunggu peminat selepas ramalannya dikatakan sering tepat.
Sementara itu, pempengaruh X @Bold Kiah yang menyaksikan raptai penuh AJL39 juga berkongsi penilaiannya dan memberikan markah untuk setiap persembahan.
Berdasarkan pemilihannya, Aina Abdul mendapat markah tertinggi iaitu 8.45 atas sebab-sebab yang dinyatakan di laman X.
“Aina Abdul – Puas Sudah. The setup, arrangement, vocal and gimmick fuhhh. Sangat menghayati watak. Persembahan yang theatrical. Memang PUAS!
“Rating: 8:45,” tulisnya.
Ernie Zakri yang membawa lagu Aura juga mendapat markah tertinggi iaitu 8.19 atas ulasan persembahan yang matang dan penuh dengan teknikal.
Katanya, persembahan Ernie malam ini tidak pernah dilakukan di mana-mana program atau konsert.
AJL39 bakal berlangsung malam ini di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil dan dipancarkan secara langsung di saluran TV3 serta boleh distrim di Tonton, jam 9 malam.
Baca juga: