Cabar suami minum susu badan, netizen tegur – “simpan sendiri je lah…”

PETALING JAYA: Pempengaruh media sosial, Keynaazami menerima teguran daripada netizen susulan memuat naik video mencabar suami untuk minum susu badannya.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan Keyna memegang botol yang berisi susu, baru sahaja selesai di pam.

Katanya, mengapa dia mencabar suaminya berbuat demikian kerana dia tertanya-tanya bagaimana rasa susu ibu tersebut selepas menonton satu video.

“Keyna tengok satu ‘content’ ni, dia selalu tak habiskan susu, lepas tu dia habiskan susu dia dan kata rasanya macam susu almond je, sedaplah manis,” katanya.

Kata Keyna lagi, jika suaminya berjaya memberi pencerahan bagaimana rasa susu itu, dia akan memberi RM100 kepadanya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen khususnya hukum minum susu isteri dan menegurnya agar tidak berkongsi video tersebut.

“Mana boleh minum walaupun setitik,” tulis Ziana.

“Rasanya suami tak boleh minum susu kita..,” kongsi Jue Isa.

“Akhir zaman, semua nak jadi content. Disgusting gila, tak malu ke?” soal Shahir di laman X.

“Terlebih buat content pun payah juga manusia ni serba nak tunjuk. Bila kena kecam nanti mulalaj nak putar belit ayat,” tegur Fadhil Halim.

Ada juga netizen yang mempertahankan Keyna dengan mengatakan boleh seorang suami untuk minum susu isteri berdasarkan pandangan dari penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Berdasarkan pandangan ustaz Azhar, seorang suami dibenarkan meminum susu isterinya dan perbuatan itu tidak haram di sini agama.

Ini kerana menurut beliau, seorang suami adalah ‘tuan’ punya susu berkenaan dan dia tidak perlu meminta izin jika hendak minum susu berkenaan.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah mendapat sebanyak 1.3 juta tontonan di platform TikTok.

Anda Mungkin Berminat