‘Hening Rindu’ tewaskan pesaing hebat di AJL39

TIDAK menjadi taruhan utama, namun ‘Hening Rindu’ berjaya memecah ramalan setelah berjaya menggondol Anugera Juara Lagu ke-39 (AJL 39) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Marsha Milan London yang membawa lagu itu penuh penghayatan dengan karya ciptaan Ikhwan Fatana dan lirik Wan Salleh membawa pulang wang tunai RM100,000 bersama trofi utama.

Lagu itu juga merupakan runut bunyi bagi drama fenomena TV3 berjudul Aku Bukan Ustazah.

Sementara itu, wang tunai RM50,000 untuk naib juara AJL 39 pula menjadi milik Bukan Lagi Kitadendangan Nadeera ciptaan dan lirik oleh Hael Husaini serta Iqie Hugh.

Menduduki tempat ketiga adalah lagu Saksama nyanyian Akim & The Majistret sekali gus melayakkanya membawa pulang RM30,000 berserta trofi.

Trofi bagi Vokal Terbaik juga milik Ernie Zakri menerusi karya Aura membawa pulang RM12,000 berserta trofi.

Sementara itu, Aina Abdul diangkat sebagai penerima trofi Persembahan Terbaik menerusi persembahan menakjubkan apabila tampil dengan konsep jantung lagu Puas Sudah.

Lagu-lagu yang berentap di AJL 39 adalah Sengaja (Amir Masdi), Puas Sudah (Aina Abdul), Saksama (Akim & The Majistret), Diam (Hael Husaini), Hening Rindu (Marsha Milan) dan Aura (Ernie Zakri).

Turut bertanding, Pujaanku (Kugiran Masdo & Aisyah Aziz), Risiko (Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique) serta Terus Bersinar (Hafiz Suip).

Persembahan 10 finalis AJL 39 diadili juri profesional termasuk Fauziah Latif,  Datuk Fauziah Nawi, Datuk Hattan, Dato Ahmad Izham Omar, Ad Samad, LY, Edrie Hashim, Siti Hajar, dan Edry Abdul Halim sebagai ketua juri.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat