Gambar Azam Baki lawat Ismail Sabri palsu – SPRM

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan sekeping gambar yang tular memaparkan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menziarahi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

SPRM dalam kenyataan ringkas di Facebook mendakwa, gambar yang ditularkan di media sosial itu adalah palsu dan telah disunting dengan maksud untuk mendatangkan salah faham kepada masyarakat.

“Awas. Gambar palsu! SPRM menegaskan bahawa gambar ini adalah suntingan. Ia telah dimanipulasi dengan tujuan mengelirukan orang ramai.

“SPRM menyeru semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mencetuskan kekeliruan dan salah faham,” katanya.

Dalam foto yang disunting, Azam bersama-sama dua pegawai sedang melihat Ismail Sabri yang sedang terlantar di katil hospital.

Gambar Ahli Parlimen Bera itu dipercayai diambil ketika bekas perdana menteri itu menerima rawatan di hospital baru-baru ini.

Pada 22 Disember lalu, Ismail Sabri dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas rebah secara tiba-tiba pada tengah malam.

Anda Mungkin Berminat