PUTRAJAYA: Keputusan berhubung rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sama ada dibebaskan daripada sabitan dan hukuman atau kekal bersalah atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), dinantikan masyarakat pagi ini.
Syed Saddiq yang hadir di Mahkamah Persekutuan pada jam 8.34 pagi tadi hadir ditemani ahli keluarga dan rakan-rakan dari parti MUDA.
“Saya tidak minta banyak, cuma berdoa supaya keadilan dan kebenaran ditegakkan proses mahkamah pada hari ini,” katanya kepada media.
Kes berkenaan akan diputuskan selepas hujahan di Mahkamah Rayuan Putrajaya dijalankan selama dua hari pada Rabu dan Khamis.
Prosiding rayuan ini merupakan peringkat kedua pengadilan, yang mana sekiranya didapati kekal bersalah, Syed Saddiq masih boleh membuat rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.
Bagaimanapun jika panel hakim mendapati anak kelahiran Johor itu tidak mengetepikan Mahkamah Tinggi, maka dia akan dibebaskan serta-merta daripada pertuduhan berkenaan.
Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid, menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta selepas mendapati ahli politik itu bersalah atas empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Armada.
Keputusan itu menjadikan Syed Saddiq sebagai wakil rakyat pertama dikenakan hukuman sebat bagi kesalahan jenayah kolar putih.
Berbeza dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta tanpa sebatan, hukuman sebat tidak dikenakan terhadapnya kerana usianya melebihi 50 tahun.