Warga asing cuba rogol kanak-kanak ditahan

TAWAU: Seorang lelaki warga asing berusia 31 tahun ditahan selepas disyaki cuba merogol seorang kanak-kanak di sekitar bandar dekat sini, semalam.

Menurut kenyataan Polis Tawau, suspek ditahan oleh sepasukan polis peronda dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, selepas menerima aduan daripada orang awam.

“Semasa melaksanakan tugas rondaan cegah jenayah disekitar bandar Tawau, pihak polis telah menerima satu aduan awam mengatakan bahawa terdapat seorang lelaki telah ditangkap oleh orang awam kerana berkelakuan tidak senonoh dan mencurigakan.

“Setibanya di lokasi, suspek diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Siasatan awal mendapati, suspek berumur 31 tahun dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk tinggal di negara ini.

“Pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek juga tidak menjumpai apa-apa barang salah,” jelas kenyataan itu pada Selasa.

Suspek kemudiannya dibawa ke IPD Tawau untuk ditahan reman.

Kes disiasat di bawah seksyen 15(a)(2) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat