KUALA LUMPUR: Jenazah allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia telah selamat disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, di sini pada pukul 2.30 petang.
Istiadat Pengebumian Negara itu berlangsung selepas solat Zohor, sebagai penghormatan tertinggi kepada jasa dan sumbangan beliau kepada negara.
Turut hadir pada majlis berkenaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebelum itu, jenazah allahyarham telah dibawa ke Masjid Negara untuk pengurusan jenazah dan penghormatan terakhir.
Rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada pemimpin yang dikenali sebagai ‘Pak Lah’.
Dalam pada itu, semua bangunan dalam radius 2 kilometer dari Masjid Negara diarahkan supaya mengibarkan Jalur Gemilang separuh tiang sehingga selesai istiadat pengebumian sebagai tanda berkabung dan penghormatan kepada allahyarham.