Najib dibenarkan beri penghormatan terakhir kepada Pak Lah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memberi penghormatan terakhir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Mahkamah menangguhkan perbicaraan kira-kira 9.50 pagi untuk membenarkan Najib ke Masjid Negara, di mana jenazah Allahyarham ditempatkan.

Terdahulu, peguam Shafee Abdullah yang mewakili Najib memaklumkan Hakim Collin Lawrence Sequerah bahawa Jabatan Penjara memberi kebenaran kepada Najib untuk memberi penghormatan terakhir kepada Abdullah, yang lebih dikenali Pak Lah.

Najib dilantik timbalan perdana menteri kepada Abdullah dari 2004 hingga 2009.

Beliau kemudiannya menggantikan Abdullah sebagai perdana menteri.

Menurut Khairy Jamaluddin, orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Abdullah di dewan solat utama Masjid Negara mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara hari ini.

Abdullah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara 7.10 malam tadi pada usia 85 tahun.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat