Terima kasih Datuk Seri atas penghormatan kepada Ayahanda Pak Lah – KJ

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin menyampaikan ucapan terima kasih kepada kerajaan yang telah memberi penghormatan dalam istiadat pengebumian Tun Abdullah Ahmad Badawi semalam.

Perkara itu dikongsikan menerusi ciapan balas menantu Allahyarham Abdullah itu kepada hantaran yang dimuat naik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Instagram beliau pada Isnin malam.

“Terima kasih sir, atas beberapa nukilan ikhlas yang dikarya mengingati sahabat lama. Kami sekeluarga amat tersentuh dengan kemuliaan kata Datuk Seri terhadap ayahanda Pak Lah.

“Penghargaan jua kepada Datuk Seri dan kerajaan kerana memberi penghormatan kepada Pak Lah dengan mengizinkan satu istiadat pengkebumian yang teristimewa dan kebenaran untuk jenazahnya disemadikan di makam pahlawan bersama negarawan-negarawan yang lain.

Saya selamanya akan bersyukur dengan perkara ini.” ujarnya lagi.

Terdahulu, jenazah Pak Lah, 85 selamat dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada Selasa jam 2.30 petang.

Ribuan hadirin dan pelbagai kenamaan serta pemimpin politik daripada pelbagai parti yang hadir memberi penghormatan buat kali terakhir.

Tun Abdullah menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara pada pukul 7.10 malam selepas mengalami masalah pernafasan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat