Oleh: Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
ULASAN | Saya melihat ada pihak yang cuba memprovokosi kenyataan Setiausaha Agong UMNO bahawa parti bukan agama tetapi Islam adalah agama. Sebagai muslim, kita boleh berbeza parti tetapi bukannya berbeza agama iaitu Islam. Agenda besar kita ialah pertahankan agama.
Saya tegaskan lagi apa yang disebut oleh SU Agong bahawa Parti atapun NGO bukannya agama tetapi ia adalah kelompok yang ditubuhkan untuk menegakkan Agama dengan melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Mungkar sesuai dengan firman Allah:Â
“Hendaklah ada di kalangan kamu satu umat (kelompok) yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh melakukan yang Makruf dan mencegah Mungkar. Dan merekalah sebenar-benar orang yang beroleh al-Falah (kejayaan selepas kesukaran)” (Surah Ali Imran: 104)
UMNO sendiri meletakkan dalam artikel 3 perlembagaannya bahawa UMNO adalah sebuah parti yang mendokong cita-cita agama Islam untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam sebgaimana peruntukan perlembagaan Malaysia, Islam Agama bagi Persekutuan.

Justeru, umat Islam boleh berbeza parti dan mempunyai berbilang parti dan ngo tetapi agamanya satu sahaja iaitu Islam.
Dalam kontek demokrasi parti ditubuhkan untuk menjadi medium mendapatkan kuasa yang bertujuan untuk melaksanakan dua kewajipan iaitu menegakkan agama dan mentadbir negara dengan agama.
Ini sesuai dengan ungkapan para Fuqaha:
“Khilafa pemerintahan adalah galang ganti pada kenabian dalam menegakkan Agama dan mentadbir dunia dengan Agama”
Hari ini umat Islam di Malaysia berbeza dalam pelbagai parti tetapi yang menyatukan mereka ialah Islam. Justeru, perlu ada batasan dalam berpolitik kepartian dengan menjadikan Islam sebagai panduan dengan menjaga akhlak mulia tidak saling mengutuk dan mengecam tetapi saling menegur dengan bahasa yang baik dan saling berbalas pandangan dan idea yang berbeza.
***Penulis adalah Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO
Baca juga: