Aksi baring atas riba suami ketika memandu dikecam netizen

Oleh: Aliyaa Azmi

BARU-baru ini tular satu video di TikTok memaparkan aksi seorang wanita yang dilihat berbaring atas riba suaminya sambil lelaki itu sedang memandu!

Walaupun mungkin niat asalnya hanya untuk berkongsi momen romantik, tapi ramai netizen kurang senang melihat aksi berkenaan – bukan sebab cemburu, tapi sebab bahaya.

Apa yang lebih membimbangkan, wanita berkenaan langsung tidak memakai tali pinggang keledar. Bayangkan kalau berlaku kemalangan, risiko kecederaan boleh jadi sangat serius.

Tindakan itu kemudian ditegur oleh seorang pengguna TikTok @dinokata yang juga perunding kesihatan memuat naik video ‘stitch’ sebagai peringatan.

“Bagi saya, ini memang kes betul. Saya akan guna pengusung mudah alih (Scope stretcher) papan tulang belakang (Spinal board), kolar leher (Cervical collar),” katanya sambil menunjukkan peralatan kecemasan yang biasanya digunakan untuk mangsa kemalangan.

Ramai yang menyokong teguran itu dan mengingatkan bahawa keselamatan sepatutnya jadi keutamaan setiap pemandu.

“Romantik tu boleh, tapi tolong pakai seatbelt dulu,” komen seorang netizen.

Jadi, buat pasangan di luar sana nak rakam video ‘sweet’ dalam kereta tu tak salah, tapi jangan sampai lupa asas keselamatan ya. Tali pinggang keledar tu bukan sekadar hiasan!

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat