Proton e.MAS 7 Mula Jelajah ASEAN

PETALING JAYA: Proton e.MAS 7, simbol kemajuan teknologi automotif Malaysia, kini memulakan perjalanan menjelajah ke seluruh negara ASEAN di bawah inisiatif ASEAN Unity Drive 2025.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penjelajahan itu menandakan bermulanya usaha untuk mengeratkan hubungan dan memperkukuh kerjasama antara negara-negara ASEAN.

“Ia (e.MAS 7) bukan sekadar simbol kepada kepengerusian Malaysia dalam ASEAN, tetapi turut mempromosikan inovasi automotif dan meningkatkan kesedaran mengenai kelestarian alam sekitar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas menyempurnakan Flag-Off Ceremony bagi ASEAN Unity Drive 2025 di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, hari ini.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Setiausaha Agung ASEAN, H.E. Dr. Kao Kim Hourn; Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Tuan Yang Terutama Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin; serta Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN, PYT Datin Sarah Nava Rani Al Bakri Devadason.

Ahmad Zahid turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii) atas usaha bersepadu menjayakan program tersebut yang secara langsung mengangkat nama Malaysia di pentas serantau.

Anda Mungkin Berminat