Pemilihan PKR: Ada aduan tidak bermakna tidak adil – Anwar

PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim
menafikan dakwaan wujud ketidakadilan pada pemilihan parti itu hanya kerana wujud aduan oleh beberapa individu di peringkat Cabang.

Jelas beliau, semua aduan dan bantahan itu yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) kini sedang diteliti juruaudit antarabangsa.

“Apa kalau ada aduan itu (bermakna pemilihan parti dianggap) tak adil…. (pandangan sebegini) sangat prejudis hanya kerana ada pihak yang membuat aduan.

“Aduan kita ambil perhatian dan sekarang juruaudit antarabangsa sedang semak setiap kes aduan ini,” katanya memetik laporan media tempatan pada Selasa.

Tambah beliau lagi, audit dalaman juga dilaksanakan bagi meneliti setiap aduan yang diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

Pada Isnin, Pengerusi JPP PKR, Datuk Seri Dr Zaliha berkata, anggota PKR dinasihatkan supaya membuat aduan berkaitan salah laku semasa pemilihan melalui saluran rasmi bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

Pemilihan Cabang PKR berakhir minggu lalu, dengan beberapa Cabang yang mengemukakan bantahan sebelum ini juga mengadakan pemilihan semulanya pada Ahad.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat