PAKAR kesan visual (VFX) popular Malaysia, Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian, mencuri perhatian apabila berkongsi momen bertemu dengan pelakon tersohor Hollywood, Tom Cruise di Tokyo.
Pertemuan itu berlangsung ketika Tom berada di Jepun bagi mempromosikan filem terbarunya Mission: Impossible – The Final Reckoning yang akan ditayangkan 22 Mei ini.
Menerusi Instagram, Sofyank memuat naik gambar bersama Tom Cruise dan rakan videografernya, Muhammad Shaffuan, sambil menulis:
“Alhamdulillah! We did it!”
Beberapa jam selepas itu, Sofyank turut berkongsi video dirinya bertemu Tom di karpet merah. Dia kelihatan gugup tetapi sempat berbual dan bergambar bersama bintang antarabangsa itu.
“Tom Cruise ialah idola saya sejak dulu. Dapat berdiri sebelah dia dan berbual walau sekejap pun sudah cukup bermakna. Ini mimpi yang jadi kenyataan,” tulisnya dalam kapsyen video.

Pertemuan itu dipercayai sebahagian daripada kolaborasi khas untuk promosi filem, di mana Sofyank dan Shaffuan akan menghasilkan video VFX istimewa melibatkan Tom Cruise.
Perkongsian itu mendapat reaksi positif peminat dan warganet yang rata-rata mengucapkan tahniah serta menyifatkan Sofyank sebagai contoh pencipta kandungan yang berbakat dan membanggakan Malaysia.
“Ini baru betul influencer, dapat menghasilkan kandungan video yang memberi manfaat kepada masyarakat. Tak sangka Malaysia boleh sampai sejauh ini” komen salah seorang pengguna instagram, Alif Sidek.
Baca juga: