PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang mewakili Yayasan Nurjiwa, di Putrajaya hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, dalam pertemuan itu, pelbagai topik dibincangkan termasuk peranan penting yang boleh dimainkan oleh Siti Nurhaliza dalam mendidik dan menjadi teladan kepada artis serta penghibur muda tanah air.
“Kami turut menyentuh kepentingan kepelbagaian dalam persembahan seni agar sentiasa relevan dengan perubahan zaman dan kehendak generasi baharu,” katanya.
Baca juga: