Akhirnya, Feminin buat kemunculan istimewa hari ke-4 genKRU

MALAM keempat konsert genKRU pastinya akan dikenang sampai bila-bila apabila kumpulan popular era 90an, Feminin setuju tampil buat julung kalinya bagi membarakan lagi kehangatan muzik trio adik beradik KRU.

Dalam satu kenyataan media, penganjur Icon Entertaiment memaklumkan bahawa kemunculan Feminin itu adalah hadiah istimewa buat peminat KRU dan juga yang merindui zaman remaja mereka.

“RINDU dibawa bersama angin bayu kan? Kami tahu anda rindu. Jadi kami bawakan.. Feminin.

“Special appearance untuk malam terakhir (Day 4) sahaja..

“Sebuah BONUS buat yang hadir esok….Sebuah kelainan untuk menambahkan lagi kerinduan kalian setelah konsert selesai,” katanya dalam kenyataan tersebut pada Sabtu.

Kenyataan itu turut menyatakan setiap malam pasti akan dikenang oleh para peminatnya.

“Jangan tanya kenapa malam ke-4 sahaja? Setiap malam memang istimewa dan lain bukan kami sebenarnya.

“Untukmu… khusus buat Konsert genKRU,” katanya lagi.

Untuk rekod, penjualan tiket masih ada dan boleh didapati di https://www.ticket2u.com.my/kruDay4

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat