IPOH: Sebanyak 216 Taman Rekreasi MADANI (TRM) dijangka siap di seluruh negara menjelang akhir tahun ini, sekali gus melepasi sasaran awal Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Menterinya, Nga Kor Ming, berkata inisiatif itu bermula tahun lalu dengan pencapaian 109 TRM, manakala baki 100 lagi akan disiapkan tahun ini.
“Keseluruhannya, kita bangga kerana sasaran berjaya dilepasi dan rakyat mendapat lebih banyak ruang riadah yang selesa serta selamat,” katanya ketika melakukan tinjauan pada perasmian TRM Westpool Park di Ipoh, pada Sabtu.
Menurutnya, sebanyak RM5.4 juta diperuntukkan bagi pembinaan 12 TRM di Perak, dengan lapan daripadanya sudah siap.
Program ini menyokong sasaran KPKT untuk membina 1,000 taman rekreasi menjelang 2035.