Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menahan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Operasi Penguatkuasaan Imigresen yang dijalankan di Kondominium Tamara Residence, Putrajaya baru-baru ini.
Kesemua yang ditahan adalah warganegara India, Indonesia, Pakistan, Myanmar dan Filipina berusia antara 25 hingga 45 tahun yang terdiri daripada 23 orang lelaki dan dua perempuan.
Operasi yang bermula pada 12 tengah malam itu diketuai oleh Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, memeriksa 127 individu susulan aduan awam dan risikan mengenai pendatang tanpa izin yang disyaki tinggal di kawasan kondominium tersebut.
Seramai 141 pegawai pelbagai pangkat JIM terlibat dalam operasi itu.
“Ketika serbuan dan pemeriksaan dilakukan, terdapat warga asing yang mengambil masa yang lama untuk membuka pintu semasa pemeriksaan dilakukan. Warganegara asing telah diercayai telah menyewa seramai lebih kurang lima ke-10 orang bagi satu rumah dan dijadikan sebagai asrama.
“Perkara tersebut menimbulkan rasa kurang selamat dan tidak selesa pada penduduk lain terutamanya pemilik rumah yang menetap di kawasan sama.
“Mereka dipercayai bekerja di sekitar kondominium kerana terdapat beberapa premis seperti deretan kedai berhampiran kawasa tersebut,” katanya.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi) Jafri Embok Taha dan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Mohd Jasmi Mohd Juwahir.
Antara kesalahan yang dilakukan adalah seperti tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63 serta ditempatkan di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Baca juga: