3 orang cedera dalam satu kemalangan jalan raya di Kuala Penyu

Tiga orang tercedera dalam nahas jalan raya yang berlaku di Kampung Menunggang Kuala Penyu, Sabah pada malam Isnin.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah melaporkan kejadian berkenaan melibatkan dua buah kereta Honda CRV dan Perodua Myvi.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Mohd Irwan Jaidin bomba menerima laporan kecemasan pada pukul 9.51 malam.

“Kemalangan tersebut melibatkan enam orang mangsa di mana tiga orang mangsa mengalami kecederaan dan lagi tiga orang mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pihak kami sudah bertindak memberikan rawatan awal sebelum mangsa diserahkan kepada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Seramai enam anggota Bomba daripada BBP Kuala Penyu telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera LFRT sebaik sahaja dihubungi,” ujarnya lagi menerusi satu kenyataan di Facebook.

Kesemua mangsa yang cedera dipercayai telah dihantar ke hospital dengan menaiki sebuah ambulan KKM bagi rawatan lanjut.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat