“EXCITED!, teruja gila! Itu ungkapan tiga sahabat yang tidak sabar untuk menyaksikan konsert GENKRU 2025 malam ini membuka tirainya di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Rakan sekolah dan kemudiannya membawa haluan masing-masing tidak pernah menghalang mereka untuk hadir ke konsert yang julung kalinya diadakan ini.
Raja Syafiqa Deraman, Eryna Nadia Abdullah dan Nur Nadhirah Najwa Ibrahim, masing-masing dari Johor Bahru, Nilai dan Perak berkata jarak bukan penghalang untuk ‘reunion’ mereka.
“Kami nak ‘sing along’, nak ‘enjoy’, jumpa abang-abang KRU,” kata Raja Syafiqa.
Sementara itu Eryna pula mahu merehatkan minda dan fizikal.
“Nyanyi best-best tau, nak healing,” katanya.
Penganjuran Konsert GENKRU pada 3, 4 dan 10 Mei 2025 ini menyaksikan penampilan sulung KRU selepas enam tahun.
Lebih menarik lagi, peminat KRU juga diminta memakai tema 90-an seperti Maui & Sons, Vision Street Wear, FUBU dan Timberland bagi merasai sepenuhnya nostalgia zaman itu untuk konsert ini.
Baca juga: