34 PATI warganegara Indonesia, Kemboja, Myanmar, Bangladesh, India dan Thailand ditahan

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan seramai 34 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia satu hingga 47 tahun di sekitar bandar Kota Bharu pada Isnin.

Penahanan dibuat menerusi Ops Sapu yang bermula pada pukul 9 pagi itu, dengan kekuatan seramai 16 anggota pelbagai pangkat.

Pengarah JIM Kelantan, Mohd Faizal Shamsudin berkata, seramai 34 daripada 40 warga asing telah ditahan atas pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan.

“PATI yang ditahan melibatkan 23 orang lelaki, 4 perempuan, 2 kanak-kanak lelaki dan 5 kanak-kanak perempuan yang terdiri daripada warganegara Indonesia, Kemboja, Myanmar, Bangladesh, India dan Thailand.

“Justeru itu, kami menggesa supaya orang ramai tampil menyalurkan maklumat tentang PATI atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Beliau turut berkata, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudahkan cara dan bersubahat dalam melindungi PATI.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat