4 rumah, 3 rumah kongsi musnah akibat kebakaran

Sekurang-kurangnya empat buah rumah dan tiga rumah kongsi di Kampung Sembulan Tengah, Kota Kinabalu, Sabah hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran pada pagi Jumaat.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Segamat, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohammad Hannis bin Moktar, berkata, seramai 45 pegawai dan anggota dari BBP Kota Kinabalu dan Lintas dikejarkan ke lokasi kejadian lepas menerima panggilan kecemasan pada 1.05 pagi.

Katanya, usaha memadam kebakaran itu melibatkan dua jentera Fire Rescue Tender FRT, jentera tanker air, kenderaan unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS), kenderaan utiliti Perodua Kembara serta tiga motosikal Unit Bermotor Bomba (RIM).

“Sebanyak empat rumah termasuk tiga rumah kongsi musnah terbakar, namun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

“Pasukan Bomba bertindak memadamkan kebakaran menggunakan kaki sumber air daripada tangki jentera dan pili bomba berhampiran.

“Selain empat buah rumah setinggan Sementara itu, turut terbakar dua buah kenderaan iaitu Toyota Hilux yang terbakar 10 peratus dan Perodua Alza terbakar 5 peratus akibat terkena bahangan, katanya.

Operasi pemadaman itu turut disertai oleh Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) dan Polis Diraja Malaysia PDRM.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat