Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Kerajaan Madani memberi jaminan bahawa pihaknya sedang berusaha membawa pulang kira-kira 4,000 rakyat Malaysia yang dipercayai masih terkandas di Thailand akibat banjir.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keadaan banjir di kawasan berkenaan dijangka surut menjelang tengah hari, sekali gus memudahkan proses membawa pulang rakyat yang terperangkap.
“Oleh kerana terdapat 4,000 rakyat Malaysia yang terperangkap ketika banjir di hatyai tetapi dijangkakan air akan surut hari ini.
“Kita harap konsulat Malaysia di Hatyai dan Songkla dan dapat mengadakan koordinasi jika terdapat masih ada rakyat Malaysia terperangkap akan dapat pulang ke tempat masing-masing dalam waktu segera,” katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian kepada media selepas melancarkan Jelajah Agenda Nasional Sihat Malaysia Wow Zoomers bersama MyChampion di Dewan Dato’ Lope Hashim, pada Ahad.
Beliau berkata, keperluan untuk memberi perhatian khusus kepada kumpulan pelajar serta guru yang turut terperangkap di kawasan terjejas.
“Terutamanya pelajar dan guru yang terperangkap yang dari 30-40 orang dan kita harap mereka dapat bekerjasama dengan jeneral di hatyai untuk mereka kembali ke tanah air untuk” katanya.
Mengulas mengenai kesiapsiagaan menghadapi monsun timur laut di Ahmad Zahid menjelaskan bahawa mesyuarat Jemaah Menteri telah membincangkan perkara itu, memandangkan musim monsun bermula pada 13 November.
Agensi-agensi berkaitan telah digerakkan sepenuhnya bagi menghadapi situasi semasa.
“Untuk musim monsun timur laut saya telah membincangkan di jemaah menteri bahawa kerana pada kali kerana ia bermula pada 13 November dan kesiapsiagaan melalui jawatankuasa penjana pusat dan juga nadma telah dimobilisasikan.
Kini terdapat enam negeri yang terlibat dan iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang dan sedikit di Perak dan kita telah mengadakan koordinasi dengan MET, JPS jabatan bomba dan penyelamat serta lain-lain agensi penguatkuasaan.” ujarnya.
Baca juga:








