44 penghuni hilang tempat tinggal, 9 rumah musnah terbakar

Sebanyak sembilan rumah terbakar membabitkan 44 penghuni hilang tempat berteduh di Kampung Bintawa Hilir, Kuching pada awal pagi Jumaat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam pada jam 1.33 pagi.

Menurut Berita Harian, tujuh daripada rumah terbabit musnah sepenuhnya dan dua lagi terbakar 30 peratus.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan daripada pihak jurucakap JBPM.

“Semua penghuni dapat menyelamatkan diri dan tidak cedera.

“Penghuni terdiri daripada 21 lelaki dewasa, 19 perempuan dewasa, tiga kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan,” katanya.

Untuk makluman, kebakaran dapat dikawal jam 2.35 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.20 pagi dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat