45 tangkapan melibatkan kes dadah di Pangsapuri Bukit Raja

Sebanyak 45 tangkapan melibatkan 40 kes berkaitan dadah berjaya dibuat di kawasan Pangsapuri Bukit Raja, Klang Selangor.

Tindakan itu secara tidak langsung menafikan dakwaan bahawa tiada tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa melibatakan soal itu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kesemua serbuan itu dilakukan menerusi Ops Tapis Khas dan Ops Tapis Harian bagi memastikan aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah dapat dibanteras.

“Bermula 1 Januari hingga Selasa, tujuh serbuan dan tangkapan telah dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat daerah Klang terhadap penagih dan pembekal dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) dan 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya pada Rabu.

Media sebelum ini melaporkan tular di laman sosial X yang memuat naik satu tangkap layar dari akaun Facebook Anynomous Vendettaz berkenaan luahan penduduk sebuah pangsapuri yang tidak berpuas hati kononnya tiada pantaun polis dibuat di kawasan itu.

Vijaya menegaskan sehingga Rabu, pihaknya belum menerima apa-apa laporan sebarang maklumat pengadu yang dikatakan tayar kenderaannya dibocorkan oleh pengedar dan penagih dadah di kawasan tersebut.

Walaubagaimanapun, operasi dan pemantauan masih giat dilakukan sekitar kawasan pangsapuri dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat