Serbuan Op Khas Aman telah dilakukan di kawasan pangsapuri di Jalan Aman Perdana, Klang Selangor mendapati segerombolan koloni pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dianggap ala ‘Mini Dhaka’.
Kerjasama yang diketuai Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Imigresen Selangor itu, difahamkan seramai 490 PATI telah ditahan di dalam serbuan tersebut.
Serbuan dilakukan setelah kawasan tersebut dikesan menjadi tumpuan warga asing yang rata-ratanya bekerja di kawasan kilang berhampiran.
Dipercayai pantauan hampir sebulan yang dilakukan oleh pihak polis berhubung aduan orang ramai menyebabkan seramai 300 anggota dan pegawai polis lengkap bersenjata mengepung kawasan perumahan terbabit, memetik laporan, Berita Harian.
Dilaporkan antara yang ditahan termasuk warga Bangladesh, Nepal, Afghanistan, Indonesia dengan kesalahan seperti tinggal lebih masa, tiada dokumen perjalanan sah dan lain-lain lagi.
Kesemua PATI yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun dibawa ke Depoh Imigresen Semenyih selepas proses dokumentasi selesai.
Kehadiran PATI yang semakin meningkat di negara ini telah mendatangkan kembimbangan terhadap masyarakat.
Berdasarkan pemerhatian Malaysia Bangkit terhadap reaksi netizen terhadap serbuan oleh pihak berkuasa dilakukan, orang ramai dilihat berasa puas hati dan ada juga yang memberikan maklumat lokasi penempatan warga asing yang berleluasa di kawasan tertentu.
“Teruskan operasi, di Ampang, Selangor pun ramai, bila lagi nak serbu?,” kata Faris.
“Terbaik, berita yang dinanti-nantikan,” kata Hanafi.
“Teruskan, kalau boleh hari-hari teruskan ops seperti ini,” kata Mohd Shirin.
“Banyak lagi senarai maklumat tempat yang akan diberikan kepada JIM untuk diserbu,” kata Buhari.
“Bila nak gempur Miss World Bandar Teknologi Kajang? Banyak negara mewakili tu,” kata Johar.
Demikian merupakan antara reaksi yang ditunjukkan oleh masyarakat dan mereka berharap agar negara lebih ‘bersih’ dengan tindakan serbuan yang diambil oleh pihak berkuasa.
Baca juga: