5,000 penunjuk perasaan bantah imigran di empat bandar besar Australia

MELBOURNE: Bukan sekadar Indonesia yang bermandikan air penyembur lada menangani pemprotes, polis Australia turut menggunakan penyembur peluru getah dalam pertembungan ganas antara para protes yang membantah golongan imigran.

Memetik Al Jazeera, kejadian itu berlaku pada Ahad dengan ribuan orang berhimpun di beberapa bandar utama di Sydney, Perth, Canberra dan Brisbane dalam satu siri protes yang dipanggil ‘Himpunan untuk Australia,’ yang menuntut penghentian aktiviti migrasi secara besar-besaran di negara itu.

Berdasarkan laporan itu, kira-kira 5,000 penunjuk perasaan yang membalut diri mereka dengan bendera Australia.

Difahamkan, pertembungan ganas antara kedua-dua kumpulan dilaporkan berlaku beberapa kali, memaksa pihak polis mengerahkan unit rusuhan dan menggunakan kekerasan minimum bagi mengawal keadaan.

Polis turut mengesahkan sekurang-kurangnya enam individu telah ditahan atas pelbagai kesalahan, termasuk serangan fizikal.

Manakala, kerajaan Australia mengecam keras protes tersebut, yang disifatkan sebagai berunsur perkauman.

Menteri Hal Ehwal Multikultural, Anne Aly, menyatakan bahawa perhimpunan itu “dianjurkan oleh golongan Nazi” dan tidak mewakili nilai masyarakat Australia yang inklusif.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat