Polis menahan seramai enam individu dipercayai warganegara tempatan ditahan ekoran disyaki positif dadah di Jalan Batu Pahat, Mersing, Johor.
Ketua Polis Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh bekata, Op Perdangan Bersepatu itu dibuat selama dua hari bermula 23 hingga 24 Februari menerusi siasatan mendapati enam orang lelaki terbabit berumur 19 hingga 44 tahun.
Sementara itu, seramai 58 orang individu dengan 52 buah kenderaan diperiksa manakala sebanyak 24 saman atas pelbagai kesalahan trafik.
“Saringan awal air kencing terhadap 38 orang individu mendapati enam dari mereka positif dadah jenis Methamphetamine (METH), Morphine (MOP) dan Tetrahydrocannabinol (THC).
“Operasi sedemikian akan kerap dijalankan bagi menjamin keselematan pengguna jalan raya yang lain,” katanya menerusi satu kenyataan media di Facebook.
Polis turut menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh melaporkan kepada mana-mana balai polis berhampiran.
Baca juga: