6 penjawat awam, 8 pelajar antara 5,041 ditahan babit kesalahan penyalahgunaan dadah

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkap seramai 5,041 individu terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dalam Operasi Tapis Khas Bil. 2 yang dijalankan dari 4 hingga 6 Mac lalu.

Pengarah JSJN, Komisioner Datuk Khaw Kok Chin berkata, jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM324,596 termasuk dadah berbahaya seperti heroin, syabu, ketamin, ganja, pil erimin 5, pil yaba, ekstasi, kodein dan lain-lain.

“Pihak JSJN juga menyita aset termasuk wang tunai, kenderaan, barang kemas dan jam tangan. Nilai rampasan berjumlah RM870,039.

“Individu yang ditahan melibatkan enam orang penjawat awam dan lapan pelajar yang melibatkan kategori tokan, penagih, orang dikehendaki dan lain-lain kesalahan berkaitan dadah,” katanya dalam kenyataan.

Khaw turut menyatakan sepanjang siri Operasi Tapis Khas Bil. 1 dan 2, jumlah tangkapan individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah termasuk 10,832 orang.

Jumlah rampasan bernilai RM934,668 termasuk 133 kilogram dan 10.57 liter pelbagai jenis dadah di samping 32.9 kilogram dan 16,701 liter pelbagai jenis racun juga telah dirampas sepanjang siri operasi berkenaan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat