6 premis perniagaan tanpa kebenaran diarah tutup serta merta di Kulai

Sebanyak enam premis perniagaan berisiko di Kulai, Johor telah diarahkan untuk ditutup dengan serta merta dalam satu operasi bersepadu dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai bermula pukul 8.30 malam hari Rabu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh MPKu pada Khamis, operasi tersebut dijalankan untuk mengesan perniagaan yang dijalankan tanpa kebenaran dan di luar zon kawalan yang dibenarkan.

Selain daripada arahan tutup premis perniagaan, lapan orang pekerja warga asing telah ditahan oleh pihak IPD Kulai atas kesalahan salah guna permit pekerja dan pasport.

“Sebanyak enam notis dan enam kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan oleh Jabatan Penguatkuasa MPKu.

“Operasi bersepadu ini dijalankan di sekitar Bandar Putra dan Indahpura yang berada di bawah pentadbiran MPKu,” kata kenyataan itu lagi.

Operasi tersebut juga melibatkam seramai tujuh orang anggota dari IPD Kulai dan 20 orang penguatkuasa dari MPKu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat