6 wakil negara mara ke suku akhir Terbuka Indonesia 2024

Enam wakil negara berjaya meloloskan diri ke suku akhir Kejohanan Terbuka Indonesia 2024 setelah menewaskan lawan masing-masing pada Khamis.

Aksi sebelah pagi yang berlangsung di Istora Gelora Bung Karno itu menyaksikan pemain perseorangan badminton negara, Leong Jun Hao mencipta kejutan apabila berjaya menundukkan pemain di ranking No.11 dunia dari Taiwan, Chou Tien Chen untuk menjadi wakil pertama negara untuk mara.

Kemaraan itu diteruskan pasangan regu negara, Man Wei Chong- Kai Wun Tee apabila mereka berjaya menundukkan lawan dari Denmark dalam aksi rubber set 18-21,21-19,12-21 selepas berjuang selama 1 jam 1 minit.

Aksi sebelah petang yang melibatkan empat lagi wakil negara memperlihatkan pasangan regu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani berjaya menumpaskan pasangan muda dari Indonesia Leo Rolly Carnando- Daniel Marthin  dalam aksi rubber set 21-16, 16-21, 12-21.

Pasangan regu campuran profesional negara, Tan Kian Meng- Lai Pei Jing turut berdepan nasib yang sama apabila berjaya menundukkan lawan dari Denmark 21-15,21-23,14-21 selepas 1 jam berhempas pulas di atas gelanggang.

Manakala, gandingan regu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah setelah sekian lama kembali mempamerkan aksi yang memuaskan apabila turut berjaya menempah tiket ke peringkat suku akhir selepas menang mudah ke atas gandingan dari Indonesia Apriyani Rahayu-S.Fadhia Ramadhanti dalam aksi straight set 18-21,19-21.

Seterusnya, pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia turut membuktikan kebolehannya selaku pemain utama negara apabila menang ke atas lawan dari China, Weng Hong Yang 22-20,9-21,16-21 selepas berjuang selama 1 jam 12 minit sekaligus menoktahkan kemenangan untuk mara ke suku akhir yang dijadualkan hari ini.

Baca juga :

Anda Mungkin Berminat