Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perak melaksanakan operasi penguatkuasaan terhadap 10 buah restoran makanan di daerah Kinta, Perak pada Isnin.
Dalam satu kenyataan, serbuan dibuat berdasarkan aduan dan hasil pemantauan dan mendapati seramai 109 orang warganegara asing telah diperiksa dan seramai 65 orang telah ditahan kerana telah melakukan kesalahan.
“Kesemua yang ditahan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
“Pecahan tahanan mengikut gender adalah 38 lelaki warganegara Thailand, 21 wanita warga Thailand dan tiga kanak-kanak warga negara Thailand.
“Semua yang ditahan adalah berusi antara 2 tahun hingga 51 tahun selain, turut ditahan tiga majikan warganegara Malaysia melibatkan dua lelaki dan seorang wanita berumur 25 hingga 45 tahun,” katanya.

Menurut Pengarah Imigresen Negeri Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik, kesemua warga asing yang ditahan ditempatkan ke Depot Imigresen Ipoh, Perak bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.
“Proses undang-undang dijalankan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c) kerana berada di Malaysia tanpa pas sah serta tinggal lebih masa selepas tamat tempoh pas sah.
“Manakala, majikan warganegara Malaysia yang ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1963 kerana dipercayai melakukan kesalahan melindungi warganegara asing.
“Jika disabitkan boleh dikenakan hukuman dengan tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih 5 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.
Baca juga: