6,717 Pelajar Cemerlang SPM 2025 Dijamin Tempat Di Program Matrikulasi

PETALING JAYA: Harapan ribuan pelajar cemerlang akhirnya terjawab apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa semua calon yang memperoleh 10A atau lebih dalam SPM 2025 akan ditawarkan tempat di Program Matrikulasi bagi sesi 2026/2027.

“Semua 6,717 calon yang memperolehi 10A ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 ke Program Matrikulasi bagi Sesi 2026/2027,” kata KPM dalam satu kenyataan.

Menurut KPM, langkah itu dilihat sebagai pengiktirafan terhadap usaha gigih pelajar, di samping memberi jaminan bahawa pencapaian akademik tinggi akan terus dihargai.

Katanya, tawaran automatik itu juga diberikan tanpa mengira kaum atau latar belakang, menzahirkan komitmen kementerian terhadap prinsip meritokrasi.

Pada masa sama, KPM berkata, kuota kemasukan 90 peratus Bumiputera ke program Matrikulasi kekal dan tidak terjejas, sekali gus mengekalkan dasar sedia ada yang telah lama diamalkan.

Anda Mungkin Berminat