PETALING JAYA: Lagi berita gembira apabila sebanyak tujuh kapal tangki Malaysia menunggu ‘lampu hijau’ daripada tentera Iran untuk melalui Selat Hormuz.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan yang turut berkata, tiga daripada kapal tangki itu dimiliki oleh Petronas, dua oleh MISC, satu oleh Sapura dan satu lagi oleh Sepadu.
“Arahan dari Tehran kadangkala tidak sampai ke (Selat) Hormuz kerana komunikasi biasanya sukar semasa waktu perang.
“Iran meminta kita menunggu masa yang sesuai untuk kapal kita melalui. Kita mungkin menerima isyarat hari ini.” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, ketika ditanya mengenai konflik Filipina menuntut Sabah, Mohamad Hasan menjelaskan bahawa Malaysia akan menghantar nota diplomatik kepada Filipina bagi menolak sebarang tuntutan yang dibangkitkan berhubung Sabah.
Kata beliau, perkara tuntutan itu bukan sesuatu yang baharu, malah telah berulang kali berlaku sebelum ini.
“Ini bukan perkara baharu. Setiap kali berlaku isu dalam negara mereka, akan ada pihak yang cuba mengalih perhatian dengan membangkitkan perkara seperti ini.
“Jadi kita (Wisma Putra) akan menghantar nota diplomatik terhadap apa yang dinyatakan seperti mana kebiasaannya,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Senator Filipina, Robin Padilla yang menggesa Presiden Ferdinand Marcos Jr. untuk menghidupkan semula tuntutan negara itu ke atas Sabah, wilayah kaya sumber minyak yang terletak di Pulau Borneo.
Baca juga:








