7 kawasan di Lembah Klang bakal berdepan masalah air Jun depan

Beberapa kawasan di selangor akan mengalami gangguan bekalan air berikutan pelaksanaan kerja-kerja penyenggaran dan penggantian aset akan dilakukan bagi Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) yang akan berlangsung pada 5 Jun 2024.

Pelaksanaan kerja-kerja berkenaan, akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual sementara di Wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor bermula pukul 9.00 pagi.

“Kerja-kerja ini dijangka akan siap pada hari yang sama, pukul 7.00 malam dan dijangka akan menerima semula bekalan air secara berperingkat-ringkat bermula 3.00 pagi pada 6 jun.

“Namun, tempoh masa agihan bekalan air tersebut turut bergantung kepada jarak dan lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air,” katanya menurut kenyataan di laman Facebook Air Selangor.

Dalam pada itu, peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka akan mencapai sekitar 20 peratus pada pukul 3.00 petang, 6 Jun dan diikuti dengan 90 peratus pada jam 3:00 pagi, 7 Jun 2024. Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada pukul 12.00 tengah hari, 7 Jun 2024.

“Air Selangor akan memberikkan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik,pusat dialisis dan upacara pengebumian dengan mengerakkan lori-lori tangkir ke kawasan-kawasan yang terjejas.

“Selain itu, pengguna disarankan menyimpan bekalan air yang secukupnya untuk penggunaan pada hari tersebut dan pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air yang akan dibuka di empat stesen pengisian air seperti Braemar Estet (wilayah Hulu Langat), Taman Gemilang Dengkil dan Pekan Salak (wilayah Sepang), serta Taman Banting Baru (wilayah Kuala Langat),” katanya.

Untuk info lanjut berkenaan masalah air, pengguna boleh mendapatkan maklumat dari saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat