7,601 Premis Tolak Beg Plastik Sekali Guna

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Sebanyak 7,601 premis perniagaan di seluruh negara menyertai kempen ‘Kata Tidak Pada Beg Plastik Sekali Guna’ dalam usaha menangani kesan negatif penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar dan pengurusan sisa pepejal.

Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), usaha ini juga selaras dengan hasrat negara untuk mencapai transformasi ekonomi kitaran dengan memaksimumkan kecekapan penggunaan sumber dan minimumkan penjanaan sisa.

Katanya, kempen ini melibatkan 20 kedai serbaneka dan 7,601 premis di seluruh negara, yang telah dilancarkan oleh Menteri KPKT, Nga Kor Ming di 1 Utama Shopping Centre, di sini pada Khamis.

“Kempen ini merupakan komitmen kerajaan bagi mengamalkan kaedah penggunaan dan pengeluaran yang mampan di bawah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

“Ia bertepatan dengan visi Blueprint Ekonomi Kitaran bagi Sisa Pepejal di Malaysia yang telah dilancarkan pada 6 Ogos 2024 sekali gus menyokong usaha KPKT mencapai sasaran dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12),” katanya.

Anda Mungkin Berminat