8 Rakyat Malaysia Termasuk Zizi Kirana Ditahan Tentera Israel di Perairan Antarabangsa

TEL AVIV: Seramai lapan rakyat Malaysia termasuk artis Zizi Kirana dilaporkan ditahan secara tidak sah oleh tentera Israel selepas kapal yang mereka sertai dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dipintas di perairan antarabangsa, awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan melalui akaun rasmi Sumud Nusantara Official yang memaklumkan kapal Huga dinaiki Zizi serta beberapa kapal lain termasuk Sirius dan Alma telah dipintas tentera Israel.

Dalam rakaman video yang dimuat naik sebelum pelayaran, Zizi menyatakan:

“Nama saya Zizi Kirana, warganegara Malaysia. Jika anda menonton video ini, bermakna saya telah diculik secara bertentangan dengan kehendak saya oleh tentera Israel. Misi kemanusiaan kami adalah aman, tanpa keganasan dan mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa,” katanya sambil merayu kerajaan Malaysia, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menuntut pembebasan segera tanpa syarat.

Selain Zizi, beberapa video aktivis Malaysia lain turut dimuat naik, antaranya Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli, yang ditahan selepas kapal Sirius dipintas pada jam 9.47 malam waktu Gaza (1 Oktober).

Tiga lagi rakyat Malaysia iaitu Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil berada di atas kapal Alma yang dipintas sekitar jam 9.44 malam waktu Gaza.

Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi daripada kerajaan Malaysia berhubung penahanan kesemua lapan aktivis tersebut.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat