9 rakyat Malaysia Misi Kemanusian Freedom Flotilla Coalition diculik Israel

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Kapal Misi Kemanusian Freedom Flotilla Coalition iaitu ‘Consience’ dan Kapal Umm Sa’ad yang dinaiki oleh sembilan rakyat Malaysia telah dipintas dan dirampas secara haram oleh Israel ketika menuju ke Gaza menerusi perairan antarabangsa.

Menurut Pengerusi MyCare, Datuk Seri Kamal Nasharudin Mustapha, Israel telah merampas sembilan buah kapal di bawah Misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Medellin To Gaza secara paksaan pada Rabu.

Kamal berkata, tragedi rampasan itu berlaku pada kira-kira jam 10:50 pagi waktu Malaysia selepas komunikasi terakhir mereka dengan kapal terputus pada jam 10.03 pagi.

“Kira-kira jam 10.50 pagi waktu Malaysia, kami mula terputus hubungan pada jam 10.03 pagi ini Kapal pertama Sunbird di bawah Thousand Medellin to Gaza TMTG Telah ditangkap dalam lingkungan titik 120 Batu Nautica.

“Diikuti lapan buah kapal yang lain termasuk Conscience kapal terakhir yang terpintas ialah kapal Umm Sa’ad. Katanya pada Sidang Media pada Rabu.

Beliau berkata, sebanyak lapan wakil Malaysia berada di Kapal Consience, manakala seorang lagi berada di atas kapal Umm Sa’ad.

Antara mereka yang terlibat ialah, Ketua Delegasi, Prof. Emeritus Dr. Mohd. Alauddin Mohd. Ali, Dr. Fauziah Mohd. Hassan, Dr. Hafiz Sulaiman, Dr. Ily Shakira Mohd. Sohaimi, Prof. Dr. Mohd. Appendi Saleh, Dr. Nur Hashimah Ismail, Dr. Nur Syam Abu Bakar bersama Wartawan Astro Awani, Syafiq Syukri Abdul Jalil.

Manakala, seorang aktivis Malaysia iaitu Dr Maziah Mohd dilaporkan berada di atas Kapal Umm Sa’ad.

Katanya, MyCare menyifatkan bahawa tindakan Israel itu bukan sahaja melanggar undang-undang antarabangsa, tetapi juga merupakan satu bentuk provokasi yang mencabuli hak asasi manusia dan maruah kemanusiaan sejagat.

“Tindakan provokatif dan melanggar undang-undang antarabangsa serta indakan merampas kapal yang membawa bantuan kemanusiaan termasuk bantuan perbuatan untuk rakyat Gaza.

“Ini adalah satu perbuatan yang tidak berasas Dan mencabuli hak asasi manusia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang segera mengeluarkan kenyataan mengecam keras tindakan Israel serta menyatakan komitmen untuk membantu membawa pulang kesemua rakyat Malaysia yang ditahan melalui saluran diplomatik.

“Kami menghargai keprihatinan dan tindakan pantas YAB Perdana Menteri yang menzahirkan sokongan terhadap peserta misi dan usaha diplomatik bagi memastikan keselamatan mereka terjamin,” katanya.

Pihaknya turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Kementerian Luar Negeri, Pejabat Perdana Menteri, dan keluarga peserta misi, serta rakyat Malaysia yang terus berdoa dan memberi sokongan moral kepada pasukan misi berkenaan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat