PBB dedah tiada jaminan kawasan selamat di Gaza

Ketua Pasukan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Gemma Connellmemaklumkan tiada kawasan yang dapat menjamin keselamatan penduduk pada masa kini di Gaza.

Hal ini kerana kawasan selamat dilihat mulai ‘hilang’ akibat kawasan perlindungan orang ramai semakin padat di samping tiada jaminan keselamatan.

Wakil PBB itu juga menyatakan bahawa kawasan yang dibuka untuk bantuan kemanusiaan turut menjadi sasaran dan dibedil oleh rejim Zionis.

“Orang ramai menuju ke selatan untuk cuba mencari tempat yang selamat namun, dibedil tidak kira di mana saja mereka berada termasuk kawasan diisytihar selamat oleh tentera Israel.

“Terdapat hanya sedikit ruang yang tinggal di Rafah, bagaimanapun itu merupakan kawasan terakhir yang tidak dibedil oleh Israel.

“Selepas ini mungkin penduduk tempatan tidak tahu lagi hendak menyelamatkan diri di mana lagi sekiranya semua kawasan sudah menjadi sasaran,” katanya menurut laporan Reuters.

Biarpun sekutu dekad srael, Amerika Syarikat melakukan desakan agar menghentikan serangan ke atas orang awam, namun perkara itu masih tidak mendapat kata putus.

Untuk rekod, dianggarkan serangan udara Israel di tengah dan selatan Gaza telah mengakibatkan lebih 100 rakyat Palestin meninggal dunia sekali gus mencatat angka kematian kepada hampir 20,700 mangsa.

Baca juga:

https://malaysiabangkit.com/2023/12/26/cemas-3-pekerja-rumah-pam-pasir-terperangkap-banjir-di-terengganu/

Anda Mungkin Berminat