Terkait skandal keselamatan, Daihatsu Motor beri pampasan

Daihatsu Motor akan memberikan pampasan kepada 423 pembekal domestik selepas penggantungan operasi pengeluaran kilangnya di Tokyo, Jepun selepas terpalit dengan skandal keselamatan.

Menurut Reuters, pengeluar kereta bersaiz kecil dari Toyota Motors itu menghentikan pengeluaran di kilangnya sehingga akhir bulan hadapan.

Syarikat tersebut akan menilai semula kemungkinan memberikan pampasan kepada pembekal berdasarkan jumlah perniagaan sebelumnya.

“Kami juga akan terus menilai kesan pemberhentian tersebut terhadap rangkaian pembekal Daihatsu Motor yang lebih luas,” kata jurucakap Daihatsu.

Rabu lalu, Daihatsu mengumumkan penghentian penghantaran semua kenderaan setelah siasatan keselamatan mengenal pasti isu-isu pada 64 model, termasuk hampir 24 model yang dijual di bawah jenama Toyota.

“Daihatsu akan bekerjasama dengan pembekal utama dan mungkin memberikan bantuan kepada subkontraktor kecil yang tidak menerima pampasan, untuk mengakses dana sokongan dari kementerian industri.

“Kami juga telah melanjutkan pengeluaran kereta Perodua di dua kilang usaha sama setelah mendapatkan kelulusan kawal selia,” katanya.

Minggu lalu, Toyota, syarikat yang dimilik sepenuhnya oleh Daihatsu, mengumumkan bahawa mereka telah melanjutkan penghantaran daripada anak syarikat Daihatsu di Indonesia, PT Astra Daihatsu Motor.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat