Restoran Gia Bao, Thai Nguyen, Vietnam yang terkenal menyajikan sup daging kucing rasminya ditutup setelah diketahui menyembelih ratusan kucing sebagai hidangan utama.
Restoran yang sudah beroperasi lebih lima tahun itu diusahakan oleh Pham Quoc Doanh, 37, yang menyatakan restoran ini dibuat untuk menyara keluarganya.
“Saya mula menjual daging kucing kerana tidak ada (restoran lain) yang menyajikannya,” katanya.
Ketika ditanyakan oleh media adakah dia berbangga dengan perniagaannya ini, Pham mendedahkan dirinya ingin meninggalkan perniagaan ini.
“Saya bersungguh-sungguh ingin meninggalkan perniagaan yang kejam ini dan membuat perniagaan lain secepat mungkin.
“Saya berasa sedih memikirkan ribuan kucing yang saya bunuh dan masak di restoran ini,” ujarnya.
Pham turut mendedahkan dia menyembelih sekurang-kurangnya 300 ekor kucing dalam sebulan dan dagingnya akan dimasak di restorannya.
Kucing yang dimasak di restoran Pham bukan sahaja kucing liar, malah kucing peliharaan yang dicuri.
Tambahnya, gejala pencurian dan penjualan kucing di Vietnam merupakan perkara yang biasa.
Kini, Pham mengusahakan kedai runcit setelah menutup restoran Gia Bao pada 6 Disember lalu hasil bantuan Humane Society International (HSI).
HSI merupakan organisasi yang membantu menyelamatkan kucing dari dibunuh di Vietnam, memandangkan penggunaan daging kucing sebagai makanan di negara itu sangat tinggi berbanding negara-negara lain.
Baca juga: