Kumpulan perubatan United Kingdom (UK) meluahkan kebimbangan terhadap kes kematian seorang wanita di Sichuan, Hong Kong yang dipercayai meninggal dunia akibat terkena virus selesema burung, H5N6.
Susulan itu, pihak perubatan negara terbabit berusaha untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap kebersihan kawasan ternakan ayam sekal gus mengumpul vaksinasi bagi mengatasi situasi tersebut.
Dianggarkan angka kematian meningkat 50 peratus akibat jangkitan virus tersebut bermula dengan jangkitan kepada haiwan spesies burung sepert ayam dan itik.
Pegawai kesihatan mula mengambil serius mengenai wabak itu selain menyifatkan virus terbabit akan terus menjadi ancaman.
Malangnya, tiada suntikan untuk selesema burung yang tersedia untuk manusia sejak virus H5N6 ini ditemui pada manusia sejak tahun 2014.
Terdapat sejumlah 88 kes H5N6 direkodkan, dengan hanya dua kes di luar China yang dicatat dalam tempoh sepuluh tahun yang lepas.
Walaupun empat pekerja pengendali ayam di UK diuji positif dengan H5N6 tahun ini, namun tiada sebarang laporan serius melibatkan pesakit dicatat.
Biarpun negara tersebut tidak mencatat sebarang kes, namun virus itu dilihat agresif terutama di negara Asia Tenggara khususnya Kemboja apabila wujud kluster kes yang membimbangkan kumpulan pakar perubatan dunia.
Hal ini berikutan pengguna membeli terus ayam yang dijual di pasar basar yang dipercayai salah satu punca jangkitan mudah berlaku.
Memetik laporan Daily Star, jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan jangkitan antara manusia sekali-sekala turut tidak dapat dijangka.
“Peningkatan dalam jumlah kes manusia yang dilaporkan bagi jangkitan H5N6 mungkin mencerminkan peningkatan jangkitan virus ini dalam burung.
“WHO perlu meningkatkan sistem pengawasan serta keupayaan diagnostik sebagai hasil langsung daripada tindak balas pandamik Covid-19,” tambahnya.
Pada masa sama, pakar perubatan turut menasihatkan agar tidak berlaku sentuhan terus atau fizikal dengan burung (ayam atau itik) mahupun najis haiwan terbabit bagi mengelakkan penularan virus.
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NHS) Amerika Syarikat (AS) berkata kemungkinan menghidapi selsema burung sangatlah jarang, tetapi boleh berlaku.
Mereka menerangkan bahawa simptom jangkitan virus selsema burung berbeza, kadang-kadang tidak menunjukkan apa-apa simptom.
Ada juga simptom ringan seperti mata jadi kemerahan atau penyakit pernafasan yang biasa seperti selsema.
Simptom yang teruk termasuklah pneumonia yang mungkin memerlukan rawatan hospital dengan segera.
Menurut NHS, simptom selesema burung boleh merebak dengan pantas selain mempunyai tanda-tanda jangkitan serupa dengan selesema biasa.
Antaranya suhu badan yang tinggi, rasa panas, tubuh menggigil, sakit otot, sakit kepala, batuk dan sesak nafas.
Penghidap selsema burung juga boleh terkena simptom seperti cirit-birit, mual, muntah, sakit perut, sakit dada, pendarahan hidung, pendarahan gusi dan konjunktivitis.
Baca juga: