Pemandu Mercedes putih mata duit RM6,000 lesap depan mata

Ejen hartanah cedera apabila disamun dua penjenayah bersenjatakan parang dan kayu besbol ketika berada dalam kenderaannya di Jalan Persiaran Pegaga, Klang pada Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintenden Kamalariffin Aman Shah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa baru sahaja mengeluarkan sejumlah wang daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah institusi kewangan di Jalan Meru pada pukul 2 petang.

“Siasatan mendapati mangsa yang merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 40 tahun memandu kereta jenis Mercedes berwarna hitam dan menghala ke kawasan Bukit Tinggi untuk bertemu dengan rakannya.

“Apabila memberhentikan kenderaan di lokasi kejadian, mangsa kemudian didatangani dua lelaki tidak dikenali,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau, kedua-dua suspek terbabit bertindak memecahkan cermin pintu sebelah pemandu dan penumpang hadapan.

Menurut Sinar Harian, siasatan mendapati seorang suspek menggunakan kayu besbol untuk memecahkan cermin pintu penumpang hadapan manakala seorang suspek lagi menggunakan sebilah parang untuk memecahkan cermin pintu sebelah pemandu.

Tambah Kamalaarifin, suspek kemudian bertindak melarikan komputer riba milik mangsa dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Yaris berwarna silver.

Mangsa tidak mengalami kecedaraan serius namun patah tulang jari tangan kiri dan luka sebelah lengan kanan.

Tambahnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan berhubung kejadian ini.

Polis memandang serius kes ini dan menggerakkan semua elemen agar suspek yang terlibat dalam diberkas segera.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta segera tampil di mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Baca juga: