Agong ucap selamat tahun baharu, bulan terakhir sebagai YDPA

Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Raja Permaisuri Agong, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2024 kepada rakyat Malaysia.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi milik Istana Negara, Seri Paduka Baginda mendoakan kesejahteraan rakyat dan negara berada dalam kemakmuran.

“Semoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah.

“Semoga juga dikurniakan keafiatan, perpaduan dan keharmonian yang berkekalan,” titah Seri Paduka berdua.

Pada tahun ini juga, Al-Sultan Abdullah akan menamatkan pemerintahannya sebagai YDPA ke-16 pada 30 Januari 2024.

Perkhidmatan YDPA seterusnya akan diterajui oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bermula 31 Januari 2024.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat