Ratu Denmark, Ratu Margrethe II, akan melepaskan takhta miliknya pada 14 Januari ini setelah 52 tahun pemerintahan.
Ratu yang berusia 83 tahun itu menaiki takhta pada tahun 1972 itu membuat pengumuman mengejut saat menyampaikan ucapan Tradisi Malam Tahun Baharu secara langsung di televisyen tempatan.
Anakanda baginta iaitu Putera Mahkota Frederik dilaporkan bakal menyandang takhta sebagai Raja Denmark.
“Tercetus persoalan sama ada sudah tiba masanya untuk menyerahkan tanggungjawab kepada generasi akan datang.
“Beta memutuskan bahawa sekarang adalah masa yang sesuai. Pada 14 Januari 2024, 52 tahun selepas beta menggantikan ayahanda tercinta, beta akan berundur sebagai ratu Denmark.
“Beta menyerahkan takhta kepada anak beta, Putera Mahkota Frederik,” titahnya pada siaran langsung yang ditonton ramai di negara dengan 5.9 juta penduduk itu.
Untuk rekod, baginda merupakan ratu yang paling lama bertakhta dan memerintah di Eropah.
Baca juga: